Manja Bakery telah di tubuhkan pada sekitar tahun 1997, yang mana menumpukan pengeluaran produk berasaskan ban seperti ban manis, kaya, kacang merah, kelapa dan pelbagai jenis ban mengikut tempahan pelanggan. Dengan pelbagai latihan yang telah dilaksanakan dan pengalaman yang ada, Manja Bakery telah berjaya menghasilkan pelbagai jenis produk bakeri yang bermutu tinggi seperti yang dipasarkan di kedai-kedai roti dan kek terkemuka.
Resepi Tradisional
Manja Bakery menghasilkan produk-produk bermutunya melalui resepi tradisional yang telah dimodenkan melalui R&D bagi menjamin kualiti dan rasa yang enak untuk kepuasan para pelanggan. Kami juga memberi jaminan bahawa produk-produk keluaran kami adalah bersih, suci dan halal mengikut tuntutan syarak.
No comments:
New comments are not allowed.